Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
WARGA EMAS ASET BERNILAI, WAJAR DIHORMATI, DIBERI PERHATIAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman (Penerangan)

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 17 Januari 2021- Warga emas merupakan aset yang sangat bernilai bagi sesebuah negara kerana jasa dan sumbangan mereka dalam membangun masyarakat dan negara, serta pengetahuan dan pengalaman mereka yang boleh dimanfaatkan oleh generasi seterusnya sebagai teladan dan panduan hidup.

Warga emas wajar dihormati dan diberi perhatian, serta hak dan keperluan mereka perlu dijaga demi memastikan kelangsungan kualiti kehidupan yang lebih bermakna.

17012021 persamian mesyuarat agung tahunan kali ke 2 pertubuhan wargamas brunei (1).jpg

Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari menekankan perkara tersebut semasa berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2 dan Pemilihan Jawatankuasa Tadbir Tertinggi (JKTT) Pertubuhan WARGAMAS Brunei (Annual General Meeting - AGM2) bertempat di Dewan Utama, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), di sini.

Beliau menambah, bukan itu sahaja, Pertubuhan WARGAMAS akan terus bersifat proaktif, 'mengelinga' dan pemedulian, dan akan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan rakan-rakan strategik yang lain selaku pemimpin akar umbi, di samping terus menjadi suara dan telinga rakyat untuk memperkukuhkan lagi usaha 'Menjalin Kerjasama dengan Masyarakat', terutama sekali golongan warga emas demi mencapai matlamat Negara Brunei Darussalam, iaitu 'Bangsa Brunei Cemerlang'.

''Dalam usaha menyatukan golongan warga emas, apa yang penting bukanlah jumlah projek mahupun jumlah bantuan yang dihulurkan, tetapi mengukuhkan silaturahim dan mencapai hasrat pemerkasaan golongan warga emas yang bersatu dan bersepadu,'' ujarnya lagi.

17.01.21-AGM Wargamas.Penerangan1.jpg

Terdahulu, Dayang Hajah Nor Ashikin mengongsikan beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan bagi menyokong pergerakan maju golongan warga emas, seperti pembukaan Pusat-pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di Daerah Temburong dan Daerah Belait pada awal tahun 2020.

''Ini menunjukkan sokongan padu yang terus diberikan kepada golongan warga emas dan kita amat yakin PKWE akan terus berkembang dan bergerak maju dan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli WARGAMAS, di samping menjalin dan mempereratkan lagi rangkaian sosial dalam kalangan warga emas,'' tambahnya.

Beliau juga turut mengongsikan mengenai pelancaran Garispandu PKWE pada Ogos 2020 oleh KKBS, dalam memastikan pengurusan, pentadbiran dan kewangan di setiap PKWE akan dilaksanakan dengan efisien, sistematik dan teratur untuk dijadikan penanda aras untuk persediaan negara menghadapi cabaran penuaan masa kini dan akan datang.

Oleh itu, sebagai peneraju bagi kesejahteraan dan hak-hak para warga emas, KKBS akan terus berganding bahu dan bekerjasama dengan semua pihak dari kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta bagi sama-sama memastikan semua objektif Pelan Tindakan Warga Emas dapat dicapai demi kesejahteraan semua pihak yang berkenaan dan membangun potensi warga emas.

17012021 persamian mesyuarat agung tahunan kali ke 2 pertubuhan wargamas brunei (2).jpg

Attachments
Created at 1/18/2021 8:16 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/19/2021 10:50 AM by Lee Chin Foo