Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SERLAH POTENSI BAKAT PENGGIAT TEATER

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi (Penerangan)


BERAKAS, Sabtu, 9 Januari 2021- Lorong Langir adalah sebuah pementasan teater mengetengahkan tentang pergolakan dalam sebuah komuniti yang bergelut dengan isi-isu kritikan sosial.

Konflik timbul apabila seorang pelajar yang merupakan penduduk baharu di kampung itu mendapati suasana lorong yang dilaluinya penuh dengan sampah sarap yang menjijikkan.

Pembersih yang diamanahkan menjaga kebersihan di kawasan lorong itu mula rasa tergugat dengan kedatangan pelajar.

Selain itu, ada dalang di sebalik kejadian berikutan Lorong Langir dikejutkan dengan peristiwa aneh longgokkan sampah pada waktu tengah malam.

Terjadi konflik antara pelajar dan pembersih serta apakah penerimaan masyarakat Lorong Langir sebagai sebuah komuniti menanai antara amanah dan tanggungjawab sosial.

Adegan itu antara yang terkandung dalam pementasan teater anjuran Kumpulan Putra Seni dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertempat di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas.

Hadir menyaksikan teater di sini, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin serta Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

Persembahan teater arahan Muhammad Arffan bin Haji Akif dan karya Zefri Ariff Brunei, menampilkan para penggiat seni sastera muda belia dan ia merupakan lanjutan daripada kegiatan Klinik Teater yang diadakan pada 25 hingga 27 Disember 2020 dan 1 hingga 3 Januari 2021, bimbingan Awang Mohammed Zefri Ariff bin Mohammed Zain Arif selaku Ketua l Kumpulan Putra Seni.

Teater.Penerangan1.jpg

Projek diadakan bagi menggilap dan menyerlahkan potensi bakat penggiat teater dan pengurusan produksi teater khususnya dari aspek penulisan karya, lakonan, pengarahan, urus tadbir dan kreativiti teknikal.

Bimbingan percuma ini disertai oleh seramai 20 orang muda belia yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.

Tujuan Klinik Teater diadakan untuk menggalakkan kegiatan ekspresi seni berbahasa Melayu dalam konteks teater di samping mendukung hasrat dan aspirasi pembangunan negara bangsa dalam kegiatan teater.

Selain itu, ia membentuk jati diri, sahsiah dan obligasi sosial dalam kalangan penggiat teater dan mengapresiasi karya kreatif penulis drama tempatan.

Teater. Lorong Langir.1.jpg

Attachments
Created at 1/11/2021 9:20 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/11/2021 9:44 AM by Lee Chin Foo