Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
ERAT PERSAHABATAN, KERJASAMA PELBAGAI BIDANG

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis (Penerangan)

Foto: Ihsan Media Permata 


GADONG, Ahad, 10 Januari 2021- Persatuan Persahabatan Brunei-China akan kekal sebagai sebuah pertubuhan yang turut memberi impak yang luas, mendalam dan bermakna bagi Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Rakyat China dan sekali gus menepati hasrat pemimpin kedua-dua buah negara.

Perkara tersebut ditekankan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin pada Majlis Mengangkat Sumpah Barisan Kepimpinan Baharu Persahabatan Brunei-China Ke-6 bagi Sesi 2021-2023 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Gadong, kelmarin, di sini.

Majlis Mengangkat Sumpah Barisan Kepimpinan Baharu Persatuan Persahabatan Brunei-China ke-6 (11).JPG

Menurut Yang Berhormat lagi, demi meningkatkan lagi pencapaian-pencapaian yang diraih selama ini, pentingnya peranan barisan kepimpinan baharu persatuan tersebut untuk meneruskan dan memperluaskan lagi bidang-bidang yang diterajui bersama.

Selaras dengan aspirasi pemimpin-pemimpin kedua-dua negara semasa penubuhannya, persatuan ini mempunyai peranan yang mustahak untuk mengeratkan lagi persahabatan dan kerjasama di antara NBD dengan Republik Rakyat China dalam pelbagai peringkat dan bidang demi kemanfaatan rakyat kedua-dua buah negara.

Dalam ucapan, Yang Berhormat turut menjelaskan mengenai akan kepentingan peranan barisan kepimpinan tersebut. "Oleh itu, demi meningkatkan lagi pencapaian-pencapaian yang telah diraih selama ini, kita melihat di sinilah pentingnya peranan Barisan Kepimpinan Baharu Persatuan Persahabatan Brunei-China untuk meneruskan dan meluaskan lagi bidang-bidang yang diterajui bersama".

"Oleh yang demikian, langkah baharu persatuan untuk meneroka kerjasama di antara belia kedua-dua buah negara dengan menubuhkan Biro Pemuda amat bertepatan dan sangatlah dialu-alukan. Di sinilah peluang keemasan untuk melibatkan para belia kita secara aktif untuk berhubung dan menjalinkan talian dengan belia di Republik Rakyat China dan seterusnya, sama-sama beroleh manfaat sebagai profesional dalam pelbagai bidang," tambah Yang Berhormat lagi.

Terdahulu, majlis dimulakan Majlis Mengangkat Sumpah Barisan Kepimpinan Baharu Persahabatan Brunei-China Ke-6 bagi Sesi 2021-2023 yang diketuai oleh Yang Dipertua Persatuan Persahabatan Brunei-China, Dr. Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman.

Majlis Mengangkat Sumpah Barisan Kepimpinan Baharu Persatuan Persahabatan Brunei-China ke-6 (12).JPG

Sementara itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong dalam ucapannya antara lain mengongsikan mengenai pencapaian sepanjang 30 tahun hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China.

Majlis Mengangkat Sumpah Barisan Kepimpinan Baharu Persatuan Persahabatan Brunei-China ke-6 (13).JPG

"Pada tahun 2021, Negara China akan memulakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun untuk Kali Ke-14 serta melaksanakan Matlamat Jangka Panjang 2035. Saya percaya bahawa Matlamat Jangka Panjang 2035 akan mampu direalisasikan bersama dengan Wawasan Brunei 2015 sekiranya kedua-dua buah negara berusaha dengan bersungguh-sungguh di samping bekerjasama secara ikhlas dan sepenuhnya," tambah Puan Yang Terutama lagi.

Manakala Yang Dipertua Persatuan Persahabatan Brunei-China, Dr. Muhammad Firdaus antara lain menegaskan bahawa persatuan tempatan membantu meningkatkan hubungan persahabatan di antara rakyat Brunei dan China, persatuan sedang berusaha dalam mengadakan projek-projek secara usaha sama dengan rakan-rakan kongsi.

"Sebagai persatuan tempatan yang membantu meningkatkan perhubungan persahabatan di antara rakyat kedua-dua negara, pihak kami sedang berusaha meninjau sebarang kemungkinan untuk mengadakan projek-projek yang bermakna secara usaha sama dengan rakan-rakan kongsi kita, sepertimana yang disarankan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua negara," jelas Yang Dipertua Persatuan.

"Antaranya ialah program pertukaran kesenian, kebudayaan, pesta makanan tempatan, bengkel untuk usahawan kecil dan sederhana para belia serta tidak dilupakan bagi program pertukaran untuk golongan wanita dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat kita".

Majlis Mengangkat Sumpah Barisan Kepimpinan Baharu Persatuan Persahabatan Brunei-China ke-6 (1).JPG

Majlis Mengangkat Sumpah Barisan Kepimpinan Baharu Persatuan Persahabatan Brunei-China ke-6 (16).JPG

09.01.21-Majlis Mengangkat Sumpah Barisan Kepimpinan Baharu Persatuan Persahabatan Brunei-China ke-6 (4).JPG

Majlis Mengangkat Sumpah Barisan Kepimpinan Baharu Persatuan Persahabatan Brunei-China ke-6 (5).JPG

"Oleh itu, untuk mencapai matlamat tersebut di atas, maka adalah perlu bagi persatuan ini mengembangkan sayapnya dengan mewujudkan Biro Pemuda yang akan diketuai oleh Naqiyah binti Haji Awang Ahmad Morshidi yang sedang dalam proses pembentukan serta Biro Wanita yang akan ditubuhkan sejurus selepas wujudnya Biro Pemuda," tambah Yang Dipertua lagi pada majlis tersebut.

Semasa majlis tersebut, turut diadakan penandatanganan dan penyampaian sijil-sijil lantikan kepada Barisan Kepimpinan Baharu Persahabatan Brunei-China Ke-6 bagi Sesi 2021-2023.


Attachments
Created at 1/11/2021 8:57 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/11/2021 9:44 AM by Lee Chin Foo