.jpg)
[Sumber: Pelita Brunei]
Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan
Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS
SALAMBIGAR, Rabu, 30 Disember2020 - Kedutaan Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam (NBD) terus memeriahkan Festival Disember Brunei 2020 (Brunei December Festival 2020 - BDF 2020) dengan menganjurkan Thailand Bazaar untuk kali kedua bertempat di Pusat Membeli-belah OneCity, Jalan Salambigar, yang diadakan selama lima hari bermula hari ini.
.jpg)
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian bazar tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
.jpg)
Sebanyak 13 petak pameran terdiri daripada peniaga-peniaga makanan dan minuman Thailand di negara ini menyertai bazar tersebut, yang berlangsung sehingga 3 Januari 2021.
Terdahulu, bagi memulakan majlis, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke NBD, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul mengongsikan bahawa penganjuran bazar kali pertama pada bulan Ogos yang lalu menunjukkan kejayaan yang besar dengan kira-kira 10,000 pelawat telah berkunjung selama tiga hari ia berlangsung.
.jpg)
Berikutan kejayaan tersebut, tambahnya, pihak OneCity Management menjemput pihak Kedutaan untuk sekali lagi menganjurkan bazar tersebut dan dengan sokongan Autoriti Pelancongan Thailand dan para peniaga bazar sebelumnya, bazar kali kedua ini berjaya diungkayahkan.
Thailand Bazaar merupakan projek pameran perdagangan tahunan untuk mempromosikan kerjasama pelancongan dan ekonomi, serta kerjasama hubungan antara rakyat NBD dan Thailand.
"Dalam sekatan perjalanan yang kita alami sekarang, kami berharap dapat membawa Thailand lebih dekat kepada sahabat-sahabat kita di Brunei," tambah Puan Yang Terutama.
PYT turut mengongsikan, peniaga-peniaga pada bazar tersebut semuanya warganegara Thailand untuk memastikan para pengunjung merasa keaslian makanan Thailand seperti papaya salad, miang kham, 'sticky rice' dan Thai tea.
Tetamu kehormat seterusnya dijunjung untuk menyaksikan petak-petak pameran makanan dan minuman yang mengetengahkan makanan kegemaran rakyat di negara ini.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Bazar tersebut diadakan dengan mematuhi setiap langkah penjarakan sosial yang disarankan oleh kerajaan dengan kerjasama Pengurusan Pusat Membeli-belah OneCity.