Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KETENGAHKAN MOMEN ISTIMEWA DIPLOMAT ASING DI NBD

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Noraisah Haji Muhammed - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS


KUALA BELAIT, Selasa, 29 Disember 2020 - Pameran Fotografi 'Negara Brunei Darussalam pada Mata Diplomat Asing dan Keluarga' diadakan di Muzium Daerah Belait, Jalan Maulana, Kuala Belait, bermula hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya merasmikan pameran, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

29122020 opening ceremony diplomatic corps photography (12).jpg

Sehubungan itu, Pameran Fotografi 'Negara Brunei Darussalam pada Mata Diplomat Asing dan Keluarga' dijadualkan menjelajah ke empat daerah, di Negara Brunei Darussalam selama 10 hari.

Pameran dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), mempamerkan sebanyak 109 buah foto, disumbangkan oleh 19 misi diplomatik, bermastautin di Negara Brunei Darussalam.

Foto-foto yang dipamerkan menampilkan pemandangan indah dan momen istimewa yang dinikmati oleh diplomat asing di negara ini.

Pameran turut dibukakan untuk kunjungan ramai, bermula hari ini, Selasa, mulai 9.00 pagi hingga 2.00 petang, manakala Isnin dan Jumaat, pameran ditutup bagi kunjungan orang ramai.

Pameran yang berlangsung selama 10 hari tersebut akan berakhir pada 7 Januari 2021.

29122020 opening ceremony diplomatic corps photography (3).jpg

29122020 opening ceremony diplomatic corps photography (9).jpg

29122020 opening ceremony diplomatic corps photography (10).jpg

Attachments
Created at 12/30/2020 9:06 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/31/2020 4:27 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan