Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PILIH ISLAM SEBAGAI PEGANGAN HIDUP

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman - Penerangan

 

SUNGAI HANCHING, Isnin, 28 Disember 2020- Hidayah datang dalam pelbagai cara dan hari ini dengan melafazkan dua kalimah syahadah, sekeluarga berbangsa Iban yang juga merupakan klien Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) dengan hati yang ikhlas dan terbuka dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala telah sempurna menjadi umat Islam di negara ini.

Mereka memilih Islam sebagai pegangan hidup dan agama baharu dengan melafazkan ikrar pengislaman mereka empat beranak di Pejabat MKM di Kampung Sungai Hanching di sini.

Majlis Pengislaman bagi Erney Karlina anak Charlie, 34, berserta anak-anak beliau dilangsungkan di hadapan para pegawai dari Unit Pengislaman, Pusat Da'wah Islamiah (PDI).

Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Setelah melafazkan ikrar mereka masing-masing, Erney Karlina kini dikenali dengan nama Islam sebagai Elvina Fazirah binti Abdullah, sementara anak-anak beliau Abby Natasha anak Kamarau, 16, kini dikenali sebagai Nur Aara Alina binti Abdullah, Irwansyah anak Kamarau, 13, kini dikenali sebagai Muhammad Haiqal Arsyad bin Abdullah, James Zahwan anak Kamarau, 9, dikenali sebagai Muhammad Haikal Zaqwan bin Abdullah dan Abby Natalia anak Kamarau yang berusia 8 tahun kini dikenali sebagai Nur Maisara Hilya binti Abdullah.

Menurut Elvina Fazirah, keputusan mereka sekeluarga untuk memeluk agama Islam datang dari hati mereka sendiri tanpa ada paksaan daripada sesiapa.

Selain itu, mereka beliau sekeluarga juga merasa bersyukur kerana selama ini telah mendapat perhatian dan bantuan dari MKM dan sangat berterima kasih atas keprihatinan MKM untuk mengendalikan majlis yang penuh berkebajikan itu.

"Kebajikan serta kesejahteraan kami sekeluarga sentiasa dipeduli oleh MKM, untuk itu, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada MKM," jelas Elvina Fazirah.

Pada majlis yang meraikan saudara baharu itu juga diimarahkan dengan Dikir Marhaban dan sumbangan cenderahati yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

28.12.20-Majlis Pengislaman. Infofoto.2.jpg

28.12.20-Majlis Pengislaman. Infofoto.1.jpg

28.12.20-Majlis Pengislaman.Penerangan.1.jpg

Attachments
Created at 12/30/2020 8:45 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/31/2020 4:28 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan