Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
KKBS TUMPUAN KEBERANGKATAN TIDAK BERJADUAL

‚Äč

30.11.20-HM Unscheduled visit (19).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: 

Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Penerangan) & Hajah Ajijah Ali - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 30 November 2020- Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kali ini menjadi tumpuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam siri Keberangkatan Tidak Berjadual baginda, pagi tadi.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Bangunan KKBS dijunjung oleh Setiausaha Tetap KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan dan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, KKBS, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus.

Turut hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

30.11.20-HM Unscheduled visit (17).jpg

30.11.20-HM Unscheduled visit (9).jpg

Sejurus keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di kementerian berkenaan, baginda mula-mula berkenan meninjau secara lebih dekat ke Bahagian Pencen-pencen di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di Aras 1.

Bahagian ini menguruskan pelbagai pencen, antaranya Pencen Umur Tua, Pencen Hilang Upaya, Pencen Orang Buta, Elaun Bercelaru Mental, Elaun Pesakit Hansen (Kusta) dan juga Elaun Kurang Upaya.

Bahagian tersebut turut menguruskan para penerima yang didapati membuat kenyataan-kenyataan palsu atau menyembunyikan keterangan-keterangan mustahak kerana tujuan-tujuan untuk melanjutkan pembayaran kerana ia adalah salah dari segi Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya di bawah Bab 17 dan jika disabit kesalahannya, boleh dipenjara selama enam bulan atau denda BND5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kebawah DYMM kemudian berkenan menuju ke Aras 2 yang merangkumi beberapa bahagian dan unit, termasuk Bahagian Bantuan Kebajikan Am; Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (JAPEM); Unit Perhubungan Awam dan Aduan; Unit Sumber Tenaga Manusia; Unit Pemeliharaan Aset dan Sistem Kebajikan Negara (SKN).

Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) adalah bantuan kewangan yang dihulurkan bagi membantu meringankan beban individu atau keluarga yang berkehidupan susah dan BKB dihulurkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Permohonan BKB dan hanya bersifat sementara.

Sementara SKN merupakan satu sistem baharu yang dibangunkan bersama oleh KKBS dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan; Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB); Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU); dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang dihasrat akan dapat menjadi platform bagi memudahkan masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan membuat permohonan bagi skim-skim bantuan kebajikan yang sedia ada menerusi dalam talian (online).

Selain itu, sistem tersebut antara lain bertujuan untuk menyejajarkan proses pemberian bantuan-bantuan yang dikendalikan oleh agensi-agensi tertentu. Di samping memudahkan tatacara permohonan, sistem ini juga dihasrat untuk meningkatkan lagi kerjasama dan perkongsian maklumat di antara agensi-agensi yang terlibat melalui sebuah Pusat Pengkalan Data (centralized database) bagi memastikan tidak berlakunya ketirisan dan keciciran dalam kalangan rakyat dan penduduk yang layak untuk dibantu.

Baginda selepas itu berkenan berangkat ke Aras 3 yang meliputi Pejabat Pengarah dan Timbalan Pengarah (JAPEM), Bahagian Keluarga, Kanak-Kanak dan Wanita (JAPEM), Bahagian Belia (Jabatan Belia dan Sukan - JBS) dan juga Bilik Mesyuarat Attaqwa.

30.11.20-HM Unscheduled visit (8).jpg

JAPEM juga berperanan sebagai pendaftar pusat penjagaan kanak-kanak di seluruh negara dan terkandung dalam Penguatkuasaan Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Penggal 218). Sementara Pusat Penjagaan Kanak-Kanak berperanan sebagai alternatif kepada para ibu bapa untuk menjaga anak-anak damit mereka, terutama semasa waktu bekerja.

Sementara di Aras 4 pula, baginda kemudiannya berkenan melihat secara lebih dekat mengenai fungsi beberapa bahagian, termasuk Pejabat Pengarah dan Timbalan Pengarah JBS.

Berperanan untuk membentuk belia agar bertanggungjawab kepada agama, raja, bangsa dan negara melalui program-program kebeliaan dan kesukanan, di samping menyediakan dan melaksanakan program latihan kepimpinan belia dan kemajuan sukan yang berasaskan matlamat dasar-dasar belia dan sukan negara.

Baginda seterusnya berkenan berangkat ke Aras 5 yang meliputi Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan (KKBS), Bahagian Kebudayaan dan Kesenian (KKBS), Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa (KKBS) dan Bahagian Perkhidmatan Sosial (KKBS) serta Unit Teknologi Maklumat, termasuk Bilik-bilik Mesyuarat As-Syura dan Al-Ikhlas.

Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa bertanggungjawab dalam menyelaras kedudukan negara bagi hubungan kerjasama dan komitmen sektor-sektor di bawah KKBS dalam mendukung matlamat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dengan negara-negara luar dan pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Sementara fungsi dan bidang tugas utama Bahagian Kebudayaan dan Kesenian adalah bertanggungjawab untuk memperkembang dan meninggikan nilai kebudayaan Brunei secara keseluruhannya. Ia dihasrat untuk bertindak sebagai jentera penggali segenap akar umbi dan sumber kebudayaan Brunei dan juga selaku media atau agensi pengembang kebudayaan tersebut, di samping menjamin pelaksanaan prinsip asasnya, iaitu konsep Melayu Islam Beraja.

Baginda juga berkenan berangkat ke Aras 7, iaitu Pejabat-pejabat Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap dan selanjutnya baginda berkenan melawat ke Pejabat-pejabat Menteri dan Timbalan Menteri di Aras 8.

30.11.20-lawatan tidak berjadual-Penerangan.3.jpg

Sebelum baginda berkenan mengurniakan titah di Dewan Digadong, baginda juga sempat meninjau ke Aras Bawah 1, iaitu termasuk Unit Pengurusan Estet (UPE), Perpustakaan, Unit Perhubungan Awam, Dewan Citra Budaya dan lainnya.

Baginda kemudiannya berkenan meneruskan Keberangkatan Tidak Berjadual baginda ke Pusat Bahagia Kampung Pulaie yang menyediakan program bimbingan dan asas latihan kemahiran bagi lima kategori OKU (OKU Intelek, Penglihatan, Pendengaran, Anggota dan Berganda).

Sejurus keberangkatan baginda itu, baginda juga berkenan meninjau ke Pusat Pekerjaan Orang Kelainan Upaya bagi 18 tahun ke atas.

Baginda juga berkenan berkesempatan merasa biskut yang dihasilkan oleh para pelajar, di samping menyaksikan kemahiran para pelajar pusat berkenaan.

Selepas itu, baginda berkenan berangkat ke Kelas Bimbingan Asas bagi mereka yang berumur di antara 7 hingga 17 tahun, termasuk Kelas Komunikasi, Kelas Kreatif dan Lukisan serta bilik Pentadbiran pusat berkenaan.

Sebelum mengakhiri Keberangkatan Tidak Berjadual Ke KKBS, baginda juga berkenan meninjau program inkubasi Pusat Pembangunan Belia (PPB) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, iaitu Barberku, Koperasi Pusat Pembangunan Belia (KOPPB) Berhad, Kedai Jahit serta Gentleman Stitch.

Program Inkubasi PPB merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui KKBS yang berterusan dalam memberikan peluang kepada para belia menggunakan kemahiran yang mereka pelajari.

30.11.20-HM Unscheduled visit (1).jpg

30.11.20-HM Unscheduled visit (5).jpg


Attachments
Created at 12/17/2020 8:31 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 12/17/2020 11:30 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan