Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN

060820.Sembahyang Fradhu maghrib dan doa kesyukuran SHBK2020 (1).jpg

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi - Penerangan

Foto: Hj Mohd Syazwan bin Hj Abd Jalil


BERAKAS, Khamis, 6 Ogos 2020 - Sambutan Hari Belia Kebangsaan diraikan bagi memartabatkan pergerakan belia dengan memperingati dan mengumpulkan belia-belia di negara ini dalam satu perhimpunan dengan kegiatan yang penuh bermakna.

Bersempena dengan sambutan tersebut, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Majlis Doa Kesyukuran yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen.

060820.Sembahyang Fradhu maghrib dan doa kesyukuran SHBK2020 (2).jpg

Hadir pada majlis tersebut dan selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Juga hadir ialah Pemangku Menteri Tenaga, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-15, 2020.

Atur cara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen, Awang Haji Md. Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

Majlis diteruskan dengan bacaan zikir dan doa memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala supaya terselamat daripada bala dan segala jenis penyakit bersempena dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-15, 2020 yang diketuai oleh Bilal Tingkat II, Masjid Ash-Shaliheen, Md. Syariff Wafiuddin bin Jemain / Jamain.

Sementara itu, Doa Kesyukuran sempena Hari Belia Kebangsaan Ke-15, 2020 dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen, Awang Haji Md. Izzat Izzuddin.

Antara yang hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-15, 2020.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Ash-Shaliheen; belia-belia dari Persatuan dan Pergerakan Belia; Belia-belia Masjid; Kelab-kelab Belia dan Alumni Program-program Kebangsaan dan Antarabangsa bagi sama-sama menadahkan tangan berdoa dan merafakkan kesyukuran atas peluang yang diberikan terhadap belia di negara ini yang terus aman dan bebas bergerak dengan sokongan kerajaan secara berterusan.

Dalam pada itu, melalui pendekatan Whole of Nation memberikan peluang kepada semua pihak sama ada pihak Kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), perusahaan sosial, pergerakan belia dan lain-lain berganding bahu dalam sama-sama menanai agenda pembangunan belia di negara ini agar golongan belia tampil dan berkepentingan sebagai aset negara seterusnya pemimpin di generasi akan datang.

Attachments
Created at 8/10/2020 2:29 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 8/10/2020 2:31 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan