Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
LARIAN JUBLI EMAS MERIAH

larian jubli emas-DSC_2901.jpg

larian jubli emas-DSC_2990.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: ‚ÄčAk. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

Foto: Ak Hussni bin Pg Hassan - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 November 2017 - Seramai 6,202 peserta menyertai Larian Jubli Emas bagi memeriahkan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, ibu negara, di sini. 

Hadir mengetuai acara keraian dan kesukanan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. 

Acara dimulakan dengan senaman pemanasan badan dan diikuti dengan pelepasan acara Larian Jubli Emas mengikut kategori yang disediakan, iaitu Kategori Wanita Terbuka dan Kategori Lelaki Terbuka sejauh 10 kilometer (km) dan Kategori Fun Run Terbuka dengan jarak 4 kilometer. 

Muncul juara pada Kategori Lelaki Terbuka 10 km ialah Younes Ammouta, manakala Leong Sheo Yee pula menjuarai Kategori Wanita Terbuka 10 km. 

Larian seumpamanya juga diadakan serentak di daerahdaerah lain, yang mana sebanyak 569 peserta mendaftar di Daerah Belait, sementara Daerah Tutong pula seramai 941 peserta dan Daerah Temburong seramai 369 peserta. 

Larian Jubli Emas adalah pendekatan untuk rakyat dan penduduk negara ini merafakkan kesyukuran dan merayakan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta melalui cabang sukan. 

Ia juga sekali gus menggalakkan masyarakat di negara ini mengamalkan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan serta memupuk perpaduan, persefahaman dan kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat demi pembangunan dan kemajuan sukan untuk negara. 

Acara tersebut dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama-sama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Pembangunan; Kementerian Perhubungan dan Kementerian Kesihatan serta penglibatan semua kementerian yang lain serta Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam.

Attachments
Created at 11/14/2017 4:24 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/14/2017 4:32 PM by Lee Chin Foo