Logo yang diilhamkan dari motif kain tenunan Brunei, iaitu Bunga Putar, yang membawa pengertian sebagai
khazanah negara berperanan penting dalam pembentukan sebuah negara bangsa; juga bayangan kepada Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang kekal mekar, dan
pembangunan yang dinamik serta sentiasa
menjunjung falsafah Melayu Islam Beraja sebagai falsafah pembangunan bangsa dan negara.
Logo ini jika dilihat dari dalam ke luar, menandakan bahawa kita
berpandangan jauh kehadapan (outward looking) dalam mencapai kehendak pembangunan menuju Wawasan Brunei 2035. Logo ini juga menggunakan warna kontemporari yang menggambarkan modenisasi dan kepelbagaian, menghidupkan suasana negara yang indah dan ceria.