Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksStrategi Dasar Kebudayaan

 
 
 
 
 
 


Untuk Mencapai DASAR dan MATLAMAT Kebudayaan Negara, maka ianya memerlukan institusi-institusi dan langkah-langkah berikut:

Majlis Kebudayaan Negara


Hendaklah ditubuhkan sebuah Majlis Kebudayaan Negara untuk menasihati Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam hal-ehwal Kebudayaan Negara.

Pusat Budaya Negara


Hendaklah ditubuhkan sebuah Pusat Budaya Negara untuk merancang, mengurus, melaksanakan dan menilai program­program Kebudayaan yang bersifat katalitik seperti-berikut:­

  • Program penyelidikan dan dokumentasi kebudayaan.
  • Program latihan dan kepimpinan kesenian / kebudayaan.
  • Program latihan dan kepimpinan kesenian / kebudayaan.
  • Program pengembangan kebudayaan.
  • Program khidmat bantuan/perkembangan.
  • Program asuhan, bimbingan dan pendidikan kebudayaan.
  • Program pertukaran dan kerjasama kebudayaan.
  • Pengurusan dan Komunikasi Budaya

Perlu wujud sistem Pengurusan dan Komunikasi Budaya yang berkesan antara Pusat Budaya Negara dengan institusi-institusi Kerajaan dan pihak-pihak lain untuk mendapat dan menyibarkan sumber-sumber maklumat kebudayaan.

Infrastruktur Ekonomi Budaya


Perlu wujud beberapa infrastruktur budaya berorientasikan ekonomi yang terarah lagi teratur bagi memudahkan perlaksanaan kegiatan-kegiatan kebudayaan secara praktikal dan fungsional terutamanya yang berunsurkan kesenian.

Infrastruktur ekonomi budaya juga dihasratkan untuk mengangkat mutu daya cipta kesenian ke taraf yang lebih tinggi dan sempurna sebagai manifestasi susunan nilai-nilai yang berimbangan dan ketinggian Kebudayaan Negara.


[ atas ]